top of page
Search


KENAPA DAP MENOLAK SEKOLAH WAWASAN, TETAPI MENYOKONG UEC?
DAP sering membawa slogan “Malaysian Malaysia” sebagai gagasan untuk membina sebuah negara yang mengutamakan kesaksamaan, integrasi nasional dan identiti bersama sebagai rakyat Malaysia. Namun apabila melihat rekod pendirian DAP dalam isu pendidikan, timbul satu persoalan yang sukar dijawab. Mengapa DAP menolak Sekolah Wawasan, tetapi pada masa yang sama begitu kuat memperjuangkan UEC? Konsep Sekolah Wawasan diperkenalkan oleh kerajaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan diluluskan

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 263 min read


MENJAGA MARUAH, BUKAN MEMENJARAKAN WANITA
SUKMA 2026: WAJAH ATLET WANITA TERENGGANU Ada satu gambaran tentang Islam yang terlalu mudah diulang: apabila agama bercakap tentang aurat dan maruah wanita, maka wanita mesti dijauhkan daripada gelanggang, aktiviti lasak dan persaingan fizikal. SUKMA Selangor 2026 memberikan gambaran yang berbeza. Terengganu menghantar wanita untuk bertanding. Bukan sekadar bertanding, tetapi untuk mengejar kemenangan. Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira menjadi Ratu Pecut SUKMA selepas memen

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 252 min read


KESEGERAAN ITU JUGA JANJI
Allah SWT berfirman: "Dan sempurnakanlah janji, sesungguhnya janji itu akan dipertanggungjawabkan." (Surah al-Isra': 17:34). Ayat ini mengingatkan bahawa janji bukan sekadar lafaz yang diucapkan, tetapi amanah yang akan dipersoalkan. Menariknya, al-Quran tidak sekadar memerintahkan supaya janji ditunaikan, tetapi supaya ia disempurnakan. Dalam kehidupan, setiap janji mempunyai dua dimensi. Pertama, apa yang dijanjikan. Kedua, bila ia dijanjikan akan dilaksanakan. Jika seseora

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 183 min read


EKONOMI MADANI: ANGKA YANG TIDAK DIRASA
Ada sesuatu yang menarik tentang ekonomi Malaysia hari ini. Kerajaan sentiasa memainkan banyak angka yang baik sebagai hujah bahawa rakyat Malaysia sedang menikmati kemajuan ekonomi yang baik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi hakikatnya di bawah, semakin banyak suara yang menceritakan kisah yang jauh berbeza. Pada 1 April 2026, The Star melaporkan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa rakyat supaya bersedia menghadapi tempoh yang lebih sukar dan men

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 113 min read


Politik Identiti atau Identiti Nasional?
Barangkali istilah yang paling disalahfahami dalam politik Malaysia hari ini ialah "politik identiti." Apa sahaja yang berkaitan Islam, Melayu atau institusi Raja-Raja Melayu segera dilabel sebagai politik identiti. Namun apabila identiti bahasa, budaya atau pendidikan komuniti lain diperjuangkan, ia pula dianggap hak asasi. Mengapa wujud dua ukuran yang berbeza? Setiap kali keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka, alasan yang sering diulang ialah kononnya rakyat t

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 43 min read


ALAM TERKEMBANG JADIKAN GURU
Penakik pisau si raut, Ambil galah batang lintabung, Selodang jadikan nyiru, Air nang sititik jadikan lautan, Tanah nang sekepal jadikan gunung, Alam terkembang jadikan guru Teromba (puisi adat) ini menggambarkan falsafah masyarakat Negeri Sembilan bahawa setiap elemen dan pengalaman alam persekitaran adalah guru. Daripadanya kita mengenal kekuatan, menginsafi kelemahan dan memperbaiki kesilapan. Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan juga harus dilihat dalam kerangka itu.

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 212 min read


Lupakanlah
LUPAKANLAH 1. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu parti yang tiada manfaatnya kepada agama, bangsa dan negara. 2. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu tidak punya pendukung dan penyokong yang mahu menegakkan Islam yang sebenar. 3. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu parti yang tidak akan mampu membawa perubahan ke arah negara bersih dan sejahtera. 3A. Lupakanlah PAS kalau PAS itulah yang dianggap memecahbelahkan umat Islam dan masyarakat. 4. Teruslah

Dr. Yusfarizal Yussoff
Dec 31, 20251 min read


MALAYSIA - WHAT’S NEXT?
1. Tulisan ini akan menjengkelkan banyak orang, tapi inilah hakikatnya dari kaca mata saya. Anda boleh setuju atau tidak. Demokrasi. 2. Kes 1MDB dapat disimpulkan dalam satu ayat. Seorang Perdana Menteri berniat untuk mengumpul dana bagi projek pembangunan mega dengan cara mengeluarkan sukuk, bon dan pinjaman, kemudian membeli aset penting dengannya, namun sebahagiannya diguna untuk dana politik dan kegunaan peribadi. 3. Maka, jelasnya berlaku salah guna kuasa, walaupun mungk

Dr. Yusfarizal Yussoff
Dec 28, 20254 min read


Islam Adalah Penyelesaian Dalam Pendidikan
Dalam keghairahan manusia menempa kemajuan dan kemadanian, proses pendidikan generasi baru sering dipandang sepi dan tidak dititikberatkan. Silibus pendidikan anak-anak hanya menjurus kepada “pemikiran binari” yang pada kebanyakan masa hanya mementingkan bilangan A dalam slip keputusan peperiksaan. Pendidikan sebenar yang disebut oleh Al-Attas sebagai “ta’dib” tersebut semakin sering kita lupakan. Baru-baru ini Menteri Pendidikan menyatakan fakta yang menggusarkan kita iaitu

Dr. Yusfarizal Yussoff
Oct 15, 20242 min read


Islam Adalah Penyelesaian: Analisis 4 Peringkat
Pada Muktamar ke-70 Parti Islam Semalaysia, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah memberikan amanat beliau dengan tema “Islam adalah penyelesaian” Untaian pedoman, nasihat dan petunjuk tersebut seharusnya difahami dan dihadam oleh setiap pendukung perjuangan Islam agar gerak kerja yang bakal dilakukan lebih tersusun dan terarah kepada satu matlamat yang jelas, dan bukan omongan kosong semata-mata. Seharusnya Islam dijadikan sebagai pakej solusi terbaik untuk umat man

Dr. Yusfarizal Yussoff
Oct 6, 20242 min read


KABSAH KAMBING, AIR LUMPUR DAN RUMPUT KERING
Tatkala saudara seagama di Palestin bergelut dengan lapar dan dahaga yang keterlaluan, masih ada dikalangan umat Islam yang bukan sahaja tidak ringan membantu penderitaan mereka, bahkan terus-terusan leka dengan nikmat makanan dan minuman yang melimpah ruah. Pembaziran demi pembaziran berlaku tanpa sedar, walaupun nun disana masih ada kanak-kanak yang berebutan menghirup air lumpur buat menghilang dahaga dan rerumput kering buat mengisi perut yang sudah tidak mampu menahan la

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 30, 20242 min read


Ajaran Kultus: Sistem Kepercayaan Yang Membebalkan
Malaysia digemparkan lagi dengan kes ajaran sesat yang membingungkan. Pendedahan, serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas premis dan individu-individu penting disebalik syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) hanyalah satu puncak kecil daripada bongkahan ais besar yang tersembunyi. Masyarakat mula bertanya apakah ajaran Darul Arqam yang sepatutnya sudah lama mati, masih dan terus-terusan bertapak, bahkan mekar dicelah kemodenan masyarakat Madani? Ketika

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 24, 20242 min read


Industri Halal: Antara Fakta Dan Persepsi Bukan Islam
Industri Halal di Malaysia adalah satu industri yang sedang pesat membangun. MITI mengunjurkan industri halal Malaysia akan berkembang kepada RM500.4 billion pada tahun 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Pada tahun 2022 sahaja, nilai eksport produk halal telah mencecah RM59.46 billion, iaitu peningkatan 63.8 peratus dari tahun sebelumnya. Proses pensijilan halal juga te

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 9, 20242 min read


Jiwa Merdeka: Pertahankan Perlembagaan, Tegakkan Syiar
Setelah 67 tahun Perlembagaan Persekutuan digubal, kita masih bergelut dengan takrifan sebenar:- 1. Apakah Mahkamah Syariah itu setaraf atau lebih rendah daripada Mahkamah Sivil? Apakah bidangkuasa sebenarnya dalam kes-kes silang bidangkuasa seperti murtad atau pengIslaman? 2. Apakah kuasa Negeri untuk menggubal kesalahan jenayah syariah itu terbatas dek kuasa Persekutuan untuk menggubal undang-undang jenayah? Apakah undang-undang syariah (yang wajib ke atas umat Islam) m

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 3, 20242 min read


Atlet Wanita Berhijab: Antara Keterbukaan Dan Islamofobia
Pada tahun 2004, Roqaya Al-Gassra, seorang pelari pecut dari Bahrain telah melakar sejarah menjadi wanita muslim pertama berlari dalam kejohanan Olimpik dengan berhijab. Beliau kemudiannya meraih pingat emas pada tahun 2006 dalam Sukan Asia di Doha. Selepas daripada itu, lebih ramai lagi atlet wanita muslim menyertai kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa tanpa menanggalkan hijab mereka, dan terus berpakaian menutup aurat. Pada tahun 2017, Federation International Basketball

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 26, 20242 min read


Komik dan Laungan Kata: Cegah Sebelum Terlambat
Sejarah hitam negara ini yang direkodkan pada 13 Mei 1969 tidak harus dilupakan. Tragedi yang menyaksikan rusuhan kaum besar-besaran selepas daripada Pilihanraya Persekutuan yang diadakan pada 10 Mei 1969 tersebut adalah rentetan daripada ketegangan etnik yang telah membarah. Nor Azlan Sham dan Rashidah (2018) dalam artikel mereka “ Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign And Commonwealth Office ” merekodkan peristiwa berikut:- “Apabila melalui Balai Po

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 19, 20242 min read


Pemimpin Al-Siddiq: Berjanji Sekadar Mampu
Selain Rasulullah s.a.w yang senantiasa dipandu wahyu, tiada seorang pemimpin pun di dunia ini yang sempurna, dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Pasti ada masalah yang terlepas pandang, mahupun idea yang tidak kesampaian dalam mengemudi sistem pentadbiran, tidak dikira diperingkat mana sekalipun. Pemimpin yang baik adalah yang jujur dengan orang bawahannya dan jelas halatujunya. Dia juga tidak berjanji melebihi kemampuannya hanya untuk menang sorak. Dan ketika dia melaku

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 12, 20242 min read


Ismail Haniyeh: Api Yang Tidak Akan Pernah Padam
Di sepanjang sejarah peradaban manusia, dan perjuangan menegakkan kalimah tauhid oleh Nabi-Nabi, paksi kejahatan, kekufuran dan kemunafikan telah sentiasa menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk menghancurkan Islam. Sebagaimana Firaun menggunakan kuasa dan kekerasan bagi menyembelih Bani Israel yang mentauhidkan Allah ketika itu, begitu juga tentera-tentera paksi kejahatan moden membantai umat Islam bagi melenyapkan aqidah yang murni dari muka bumi. Tragedi Bosnia Herzegov

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 5, 20242 min read


Normalisasi Arak Bukan Nilai Universal
Malaysia digemparkan dengan isu sumbangan dana oleh syarikat arak untuk manfaat sekolah dalam sistem sekolah kerajaan. Pada 14 Julai 2024, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang juga Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah telah mencipta kontroversi apabila hadir dalam majlis penyampaian sumbangan oleh syarikat arak berlabel Tiger kepada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sepang. Gambar Timbalan Menteri memegang cek cura yang tertera jelas logo Tiger terse

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 30, 20242 min read


Judi: Mafsadah Yang Tidak Perlu Dipertahankan
Allah swt berfirman dalam Ayat 90, Surah Al-Maidah bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. Melalui ayat ini, Islam melarang tegas kegiatan-kegiatan perjudian dan meminum arak, demi menjaga maqasid syariah. Bayyan Linnas dalam menjelaskan bahaya judi m

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 23, 20242 min read
Blog: Blog2
bottom of page