
PAS Selangor
Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.
Selaras Fasal 5 Perlembagaan PAS, objektif PAS adalah untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" dan "mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara".
​
PAS mengangkat kepimpinan ulama', namun dalam masa yang sama menerima golongan profesional untuk sama-sama membina negara. 3 komponen utama dalam perjuangan PAS ialah dakwah (penyebaran mesej Islam), tarbiyah (pendidikan dan pembentukan insan), dan siyasah (seni pentadbiran).
​
Dr Yusfarizal Yussoff telah diamanahkan oleh PAS Selangor sebagai Ketua Penerangan. Beliau aktif dalam menerangkan sisi baik PAS kepada masyarakat dan menjuarai isu-isu semasa dalam negara.
​
Dengan tekad "Bakti Demi Selangor", PAS Selangor komited untuk menjadikan Selangor lebih baik selaras tawaran EHSAN 2030.

Aksioma
Harakah adalah saluran media rasmi PAS merangkumi edisi cetak dan juga di dalam talian.
​
Dr Yusfarizal Yussoff adalah seorang penulis tamu Harakah dengan kolum beliau berjudul "Aksioma".
​
Melalui "Aksioma", beliau mengutarakan sisi pandangnya terhadap isu semasa berdasarkan kepada kajian-kajian akademik dan logik, bersandarkan nas dan pedoman agama.
​
Sudut pandang beliau telah diterima oleh ahli-ahli PAS dan juga masyarakat sebagai sudut pandang yang sejahtera, adil dan terbuka.
​