top of page
Search


KESEGERAAN ITU JUGA JANJI
Allah SWT berfirman: "Dan sempurnakanlah janji, sesungguhnya janji itu akan dipertanggungjawabkan." (Surah al-Isra': 17:34). Ayat ini mengingatkan bahawa janji bukan sekadar lafaz yang diucapkan, tetapi amanah yang akan dipersoalkan. Menariknya, al-Quran tidak sekadar memerintahkan supaya janji ditunaikan, tetapi supaya ia disempurnakan. Dalam kehidupan, setiap janji mempunyai dua dimensi. Pertama, apa yang dijanjikan. Kedua, bila ia dijanjikan akan dilaksanakan. Jika seseora

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 183 min read


EKONOMI MADANI: ANGKA YANG TIDAK DIRASA
Ada sesuatu yang menarik tentang ekonomi Malaysia hari ini. Kerajaan sentiasa memainkan banyak angka yang baik sebagai hujah bahawa rakyat Malaysia sedang menikmati kemajuan ekonomi yang baik di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi hakikatnya di bawah, semakin banyak suara yang menceritakan kisah yang jauh berbeza. Pada 1 April 2026, The Star melaporkan Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa rakyat supaya bersedia menghadapi tempoh yang lebih sukar dan men

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 113 min read


Politik Identiti atau Identiti Nasional?
Barangkali istilah yang paling disalahfahami dalam politik Malaysia hari ini ialah "politik identiti." Apa sahaja yang berkaitan Islam, Melayu atau institusi Raja-Raja Melayu segera dilabel sebagai politik identiti. Namun apabila identiti bahasa, budaya atau pendidikan komuniti lain diperjuangkan, ia pula dianggap hak asasi. Mengapa wujud dua ukuran yang berbeza? Setiap kali keputusan pilihan raya tidak memihak kepada mereka, alasan yang sering diulang ialah kononnya rakyat t

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 43 min read


ALAM TERKEMBANG JADIKAN GURU
Penakik pisau si raut, Ambil galah batang lintabung, Selodang jadikan nyiru, Air nang sititik jadikan lautan, Tanah nang sekepal jadikan gunung, Alam terkembang jadikan guru Teromba (puisi adat) ini menggambarkan falsafah masyarakat Negeri Sembilan bahawa setiap elemen dan pengalaman alam persekitaran adalah guru. Daripadanya kita mengenal kekuatan, menginsafi kelemahan dan memperbaiki kesilapan. Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan juga harus dilihat dalam kerangka itu.

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 212 min read


Islam Adalah Penyelesaian Dalam Pendidikan
Dalam keghairahan manusia menempa kemajuan dan kemadanian, proses pendidikan generasi baru sering dipandang sepi dan tidak dititikberatkan. Silibus pendidikan anak-anak hanya menjurus kepada “pemikiran binari” yang pada kebanyakan masa hanya mementingkan bilangan A dalam slip keputusan peperiksaan. Pendidikan sebenar yang disebut oleh Al-Attas sebagai “ta’dib” tersebut semakin sering kita lupakan. Baru-baru ini Menteri Pendidikan menyatakan fakta yang menggusarkan kita iaitu

Dr. Yusfarizal Yussoff
Oct 15, 20242 min read


Islam Adalah Penyelesaian: Analisis 4 Peringkat
Pada Muktamar ke-70 Parti Islam Semalaysia, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden telah memberikan amanat beliau dengan tema “Islam adalah penyelesaian” Untaian pedoman, nasihat dan petunjuk tersebut seharusnya difahami dan dihadam oleh setiap pendukung perjuangan Islam agar gerak kerja yang bakal dilakukan lebih tersusun dan terarah kepada satu matlamat yang jelas, dan bukan omongan kosong semata-mata. Seharusnya Islam dijadikan sebagai pakej solusi terbaik untuk umat man

Dr. Yusfarizal Yussoff
Oct 6, 20242 min read


KABSAH KAMBING, AIR LUMPUR DAN RUMPUT KERING
Tatkala saudara seagama di Palestin bergelut dengan lapar dan dahaga yang keterlaluan, masih ada dikalangan umat Islam yang bukan sahaja tidak ringan membantu penderitaan mereka, bahkan terus-terusan leka dengan nikmat makanan dan minuman yang melimpah ruah. Pembaziran demi pembaziran berlaku tanpa sedar, walaupun nun disana masih ada kanak-kanak yang berebutan menghirup air lumpur buat menghilang dahaga dan rerumput kering buat mengisi perut yang sudah tidak mampu menahan la

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 30, 20242 min read


Ajaran Kultus: Sistem Kepercayaan Yang Membebalkan
Malaysia digemparkan lagi dengan kes ajaran sesat yang membingungkan. Pendedahan, serbuan dan tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas premis dan individu-individu penting disebalik syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) hanyalah satu puncak kecil daripada bongkahan ais besar yang tersembunyi. Masyarakat mula bertanya apakah ajaran Darul Arqam yang sepatutnya sudah lama mati, masih dan terus-terusan bertapak, bahkan mekar dicelah kemodenan masyarakat Madani? Ketika

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 24, 20242 min read


Industri Halal: Antara Fakta Dan Persepsi Bukan Islam
Industri Halal di Malaysia adalah satu industri yang sedang pesat membangun. MITI mengunjurkan industri halal Malaysia akan berkembang kepada RM500.4 billion pada tahun 2030, dengan sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 8.1 peratus menjelang 2025 menerusi Pelan Induk Industri Halal (HIMP) 2030. Pada tahun 2022 sahaja, nilai eksport produk halal telah mencecah RM59.46 billion, iaitu peningkatan 63.8 peratus dari tahun sebelumnya. Proses pensijilan halal juga te

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 9, 20242 min read


Jiwa Merdeka: Pertahankan Perlembagaan, Tegakkan Syiar
Setelah 67 tahun Perlembagaan Persekutuan digubal, kita masih bergelut dengan takrifan sebenar:- 1. Apakah Mahkamah Syariah itu setaraf atau lebih rendah daripada Mahkamah Sivil? Apakah bidangkuasa sebenarnya dalam kes-kes silang bidangkuasa seperti murtad atau pengIslaman? 2. Apakah kuasa Negeri untuk menggubal kesalahan jenayah syariah itu terbatas dek kuasa Persekutuan untuk menggubal undang-undang jenayah? Apakah undang-undang syariah (yang wajib ke atas umat Islam) m

Dr. Yusfarizal Yussoff
Sep 3, 20242 min read


Atlet Wanita Berhijab: Antara Keterbukaan Dan Islamofobia
Pada tahun 2004, Roqaya Al-Gassra, seorang pelari pecut dari Bahrain telah melakar sejarah menjadi wanita muslim pertama berlari dalam kejohanan Olimpik dengan berhijab. Beliau kemudiannya meraih pingat emas pada tahun 2006 dalam Sukan Asia di Doha. Selepas daripada itu, lebih ramai lagi atlet wanita muslim menyertai kejohanan-kejohanan sukan antarabangsa tanpa menanggalkan hijab mereka, dan terus berpakaian menutup aurat. Pada tahun 2017, Federation International Basketball

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 26, 20242 min read


Komik dan Laungan Kata: Cegah Sebelum Terlambat
Sejarah hitam negara ini yang direkodkan pada 13 Mei 1969 tidak harus dilupakan. Tragedi yang menyaksikan rusuhan kaum besar-besaran selepas daripada Pilihanraya Persekutuan yang diadakan pada 10 Mei 1969 tersebut adalah rentetan daripada ketegangan etnik yang telah membarah. Nor Azlan Sham dan Rashidah (2018) dalam artikel mereka “ Tragedi 13 Mei 1969: Satu Laporan Bersumberkan Rekod Foreign And Commonwealth Office ” merekodkan peristiwa berikut:- “Apabila melalui Balai Po

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 19, 20242 min read


Pemimpin Al-Siddiq: Berjanji Sekadar Mampu
Selain Rasulullah s.a.w yang senantiasa dipandu wahyu, tiada seorang pemimpin pun di dunia ini yang sempurna, dan tidak melakukan sebarang kesalahan. Pasti ada masalah yang terlepas pandang, mahupun idea yang tidak kesampaian dalam mengemudi sistem pentadbiran, tidak dikira diperingkat mana sekalipun. Pemimpin yang baik adalah yang jujur dengan orang bawahannya dan jelas halatujunya. Dia juga tidak berjanji melebihi kemampuannya hanya untuk menang sorak. Dan ketika dia melaku

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 12, 20242 min read


Ismail Haniyeh: Api Yang Tidak Akan Pernah Padam
Di sepanjang sejarah peradaban manusia, dan perjuangan menegakkan kalimah tauhid oleh Nabi-Nabi, paksi kejahatan, kekufuran dan kemunafikan telah sentiasa menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk menghancurkan Islam. Sebagaimana Firaun menggunakan kuasa dan kekerasan bagi menyembelih Bani Israel yang mentauhidkan Allah ketika itu, begitu juga tentera-tentera paksi kejahatan moden membantai umat Islam bagi melenyapkan aqidah yang murni dari muka bumi. Tragedi Bosnia Herzegov

Dr. Yusfarizal Yussoff
Aug 5, 20242 min read


Normalisasi Arak Bukan Nilai Universal
Malaysia digemparkan dengan isu sumbangan dana oleh syarikat arak untuk manfaat sekolah dalam sistem sekolah kerajaan. Pada 14 Julai 2024, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang juga Ahli Parlimen Sepang dari Parti Amanah telah mencipta kontroversi apabila hadir dalam majlis penyampaian sumbangan oleh syarikat arak berlabel Tiger kepada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Sepang. Gambar Timbalan Menteri memegang cek cura yang tertera jelas logo Tiger terse

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 30, 20242 min read


Judi: Mafsadah Yang Tidak Perlu Dipertahankan
Allah swt berfirman dalam Ayat 90, Surah Al-Maidah bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. Melalui ayat ini, Islam melarang tegas kegiatan-kegiatan perjudian dan meminum arak, demi menjaga maqasid syariah. Bayyan Linnas dalam menjelaskan bahaya judi m

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 23, 20242 min read


Menyebar Ideologi Dengan Teknologi dan Kreativiti
Dahulu, ahli politik bergerak dari rumah ke rumah berkempen meyakinkan pengundi tentang kemampuan mereka menjadi wakil. Kemudiannya mereka berceramah di pentas-pentas hangat bagi memujuk pengundi mempercayai manifesto dan janji mereka. Tidak cukup dengan itu, ramai juga yang menghadirkan diri ke masjid-masjid, pasar-pasar awam dan tempat-tempat orang ramai bagi menunjukkan kehadiran. Tanda ada, tanda cakna. Namun dalam dasawarsa muttakhir ini suasana sudah berbeza. Penyebar

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jul 1, 20242 min read


Penjajahan Syarikat Multi-Nasional
Pada tahun 1600, sebuah syarikat perdagangan iaitu Syarikat Hindia Timur Inggeris (British East India Company) (SHTI) telah ditubuhkan di England. Ia diberikan piagam diraja oleh Ratu Elizabeth pada 31 Disember 1600. Syarikat tersebut asalnya bermula sebagai syarikat pemonopoli perdagangan, namun kemudiannya terlibat dalam politik dan menjadi agen penjajahan British khususnya di Hindia Timur (yang merangkumi Tanah Melayu). Antara kejayaan-kejayaan penaklukan SHTI di Tanah M

Dr. Yusfarizal Yussoff
Jun 24, 20242 min read


Kejayaan Yang Dirai Sementara, Disesali Penghujungnya
Minggu ini pelajar-pelajar yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023 telah mula mengetahui keputusan masing-masing. Keputusan tersebut melihat peningkatan pelajar yang memperolehi A dalam semua matapelajaran meningkat daripada 10,109 orang pada tahun 2022 kepada 11,713 orang pada tahun 2023. 35.2% daripada jumlah keseluruhan calon pula lulus semua mata pelajaran, sementara 93.5% calon layak menerima Sijil Pelajaran Malaysia. Angka-angka yang diseb

Dr. Yusfarizal Yussoff
May 27, 20242 min read


Malcom X: Kisah Yang Boleh Dipelajari
Hampir seabad yang lalu, satu watak yang penting dalam wacana perjuangan Islam di Barat dilahirkan. Malcom X atau nama Islamnya El-Hajj Malik El-Shabazz dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Nebraska dalam sebuah keluarga orang kulit hitam Amerika, beragama Kristian. Lahir dalam keluarga kulit hitam di Amerika, sebagaimana ramai remaja lain, Malcom X terjebak dalam pelbagai kegiatan jenayah di usia mudanya. Beliau pernah ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan mencuri. Ketika be

Dr. Yusfarizal Yussoff
May 20, 20242 min read
Blog: Blog2
bottom of page