top of page

Ismail Haniyeh: Api Yang Tidak Akan Pernah Padam

Di sepanjang sejarah peradaban manusia, dan perjuangan menegakkan kalimah tauhid oleh Nabi-Nabi, paksi kejahatan, kekufuran dan kemunafikan telah sentiasa menggembleng tenaga dan buah fikiran untuk menghancurkan Islam. Sebagaimana Firaun menggunakan kuasa dan kekerasan bagi menyembelih Bani Israel yang mentauhidkan Allah ketika itu, begitu juga tentera-tentera paksi kejahatan moden membantai umat Islam bagi melenyapkan aqidah yang murni dari muka bumi. Tragedi Bosnia Herzegovina, Chechnya, Sudan, Afghanistan, Mesir, Libya dan tentunya Palestin adalah siri-siri amukan paksi kejahatan tajaan Iblis untuk menghancurkan umat Islam.

 

Namun api itu tidak akan pernah padam sama sekali. Di bumi Palestin yang telah dijarah semenjak 1948, pelbagai usaha rejim syaitan Israel telah dilakukan untuk bukan sahaja melakukan pembersihan etnik dan genosid, bahkan menyekat perkembangan intelek dan ilmu, untuk mengekalkan rakyat Palestin (yang masih tinggal) dalam keadaan tidak berpendidikan, tiada daya juang, dan tiada  ilmu dan kemahiran intelek yang tinggi untuk meneruskan perjuangan mempertahankan Palestin di peringkat yang lebih tinggi. Lantaran itu bukan sahaja ketumbukan tentera Hamas dicari dan dibunuh, bahkan hospital, sekolah, universiti dan tempat ibadat juga dibom. Dan yang lebih menyedihkan ialah penghapusan generasi anak-anak Palestin yang masih kecil dan merah, untuk melenyapkan generasi pelapis pimpinan Palestin yang akan meneruskan perjuangan berdarah tersebut.

 

Namun api itu tidak akan pernah padam sama sekali. Asy-Syahid Ismail Haniyeh sendiri adalah seorang pemimpin hebat Hamas yang dilahirkan dan dibesarkan di kem pelarian Al-Shati’ di Semenanjung Gaza pada tahun 1962 setelah ibu bapanya diusir keluar oleh Rejim Syaitan Israel dari kampung halaman mereka pada tahun 1948. Beliau dibesarkan didalam kem pelarian, dan menerima secebis pendidikan melalui sekolah yang dikelola oleh Agensi PBB, UNRWA. Beliau kemudiannya berjaya menyambung pendidikannya ke peringkat lebih tinggi di Universiti Islam Gaza pada sekitar 1981. Di situlah bermulanya penglibatan beliau dengan perjuangan Hamas, yang kemudiannya menjadi sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila.

 


Kalau matlamat Rejim Syaitan Israel mengusir keluar rakyat Palestin dari kampung halaman mereka ke kem-kem pelarian ialah untuk membantutkan kehidupan, keselesaan, pendidikan dan kesihatan mereka, maka ia adalah satu kesilapan. Di kem pelarianlah mereka menerima pendidikan, membina kekuatan  yang luar biasa dan mengatur strategi baru untuk terus berjuang. Kalau matlamat Rejim Syaitan Israel membunuh generasi muda Palestin agar obor perjuangan itu terhenti, mereka juga silap kerana dicelah-celah runtuhan dan deretan mayat anak-anak yang syahid sebelum baligh itu, pasti ada seorang dua yang diizinkan Allah untuk terus hidup, dan terus mengangkat bendera perjuangan.

 

Buktinya, setelah lebih dari 10 dekad Palestin hidup bergelumah darah, perjuangan mempertahankan agama dan tanahair itu tidak pernah sesekali padam. Bahkan, pejuang Palestin hari ini, walaupun dalam serba kekurangan mampu mencipta senjata dan strategi perang yang tidak dapat diduga oleh hatta kuasa ketenteraan terbesar di dunia. Seluruh dunia kagum dan hairan, bagaimana pejuang Hamas masih boleh bertahan setelah ratusan hari hidup dalam buruan, di laut dan di dalam tanah. Dan mereka tidak akan pernah mengalah. Syahidnya Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas hanyalah curahan minyak yang bakal menyemarakkan lagi api perjuangan Palestin yang tidak akan pernah padam.

 

 

Comments


bottom of page