Lupakanlah
- Dr. Yusfarizal Yussoff

- Dec 31, 2025
- 1 min read
Updated: Jan 2
LUPAKANLAH
1. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu parti yang tiada manfaatnya kepada agama, bangsa dan negara.
2. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu tidak punya pendukung dan penyokong yang mahu menegakkan Islam yang sebenar.
3. Lupakanlah PAS kalau anda menganggap PAS itu parti yang tidak akan mampu membawa perubahan ke arah negara bersih dan sejahtera.
3A. Lupakanlah PAS kalau PAS itulah yang dianggap memecahbelahkan umat Islam dan masyarakat.
4. Teruslah mendakap apa yang anda percaya. Kalau anda yakin selain PAS itu terbaik untuk menunaikan taklif sebagai khalifah dan hamba, teruslah mendakapnya. PAS bukan agama.
5. PAS tetap satu medium politik Islam yang jelas matlamatnya. Tidak berubah dengan mana-mana gabungan, tidak mengalah dengan ugutan kekalahan.
6. Akan ada yang terus istiqamah dan percaya dengan PAS, in sya Allah. Akan ada yang akan meneruskan dakwah untuk memahamkan masyarakat.
6A. Bukan mendabik dada, cuma sejarah jadi sandarannya, dan kekuatan yang terus dibina oleh pimpinan dan ahlinya jadi penguatnya.
7. Masing-masing punya pilihan, dan tiada siapa boleh dipaksa untuk bersetuju dan mendakap apa-apa.
8. Tinggal lagi, bertanyalah - apakah yang anda dakap itu benar-benar, seperti yang anda sangka. Atau anda sekadar mewarisi pemahaman di tahun-tahun lama, yang tidak pun membawa anda kemana-mana.
SELAMAT TAHUN BARU 2026.
YUSFARIZAL YUSSOFF


Comments