
Keadilan Melalui Undang-undang
Rakan Kongsi Utama
Yusfarizal Aziz & Zaid
Sebuah firma guaman yang didaftarkan pada 2016 di Kuala Lumpur, menawarkan perkhidmatan "pusat-sehenti" untuk semua jenis khidmat guaman.
YAZLaw terdiri daripada 5 orang rakan kongsi berpengalaman selama antara 13 ke 23 tahun, dan 9 orang peguam.
Dengan kekuatan kakitangan hampir 30 orang di ruang pejabat yang terletak di Maxim Citylights, Sentul, YAZLaw telah diberi kepercayaan oleh institusi-institusi ternama dan individu penting untuk mewakili mereka dalam kes litigasi rumit di Mahkamah, transaksi conveyancing dan korporat untuk aset-aset dan perniagaan mereka.
Selaku Rakan Kongsi Utama YAZLaw, Dr. Yusfarizal Yussoff bertanggungjawab sebagai kapten yang menunjuk arah, mentor yang membimbing, dan ketua yang bijak merencana.
Peguam Masyarakat
Peguam Litigasi Kanan
Dr. Yusfarizal Yussoff dikenali sebagai seorang peguam yang berani menjuarai isu-isu masyarakat dan kepentingan awam.
Beliau telah mewakili peneroka-peneroka FELDA Kemahang 3, Kelantan untuk mengambil tindakan ke atas FELDA atas fraud dan manipulasi berat timbangan sawit. Mahkamah Persekutuan memberikan pampasan jutaan ringgit kepada peneroka-peneroka.
Beliau juga telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) untuk menghadapi cabaran fatwa oleh SIS Forum (Malaysia) Berhad.
Disamping itu, beliau juga dilantik mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Kelanta (JAHEAIK) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam kes cabaran Nik Elin terhadap Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 2019 Negeri Kelantan.
Mengangkat wacana dan penulisan akademik
Media Sosial
Hantaran di Facebook
Dr. Yusfarizal Yussoff ialah seorang penulis yang aktif di Facebook, menggunakan media sosial sebagai ruang wacana untuk membincangkan isu undang-undang, politik, tadbir urus dan keadilan sosial. Penulisannya bersifat analitikal dan berprinsip, menggabungkan latar belakang guaman dengan pemikiran kritikal serta nilai etika dan Islam.
Beliau melihat penulisan sebagai tanggungjawab intelektual — untuk mencabar naratif, mendidik masyarakat dan mengangkat kebenaran dalam ruang awam.
Penulisan Akademik
Artikel Dalam Jurnal
Dr. Yusfarizal Yussoff turut aktif dalam penulisan akademik dan penerbitan jurnal undang-undang. Artikel-artikelnya telah diterbitkan dalam jurnal profesional seperti CLJ, Insaf, serta jurnal berindeks, merangkumi analisis isu litigasi, undang-undang perlembagaan, kewangan Islam dan tadbir urus.
Penulisannya bersifat analitikal, berstruktur dan berteraskan penyelidikan, dengan penekanan kepada penghujahan berasaskan kes, perundangan dan prinsip. Melalui penulisan jurnal, beliau menyumbang kepada wacana akademik dan pembangunan pemikiran undang-undang dalam konteks Malaysia.
Kolumnis
Aksioma
Dr. Yusfarizal Yussoff merupakan penulis kolum Aksioma di Harakah, yang membicarakan isu semasa daripada perspektif prinsip, keadilan dan pemikiran Islam. Kolum ini menumpukan analisis terhadap persoalan ekonomi, tadbir urus, kos sara hidup, keselamatan makanan dan nilai etika dalam pembuatan dasar awam.
Penulisannya bersifat reflektif dan berfakta, menggabungkan disiplin undang-undang dengan hujah intelektual dan nilai maqasid syariah. Melalui Aksioma, beliau mengajak pembaca berfikir melangkaui slogan dan sentimen, ke arah kefahaman yang lebih matang tentang realiti masyarakat dan negara.
Buku Rujukan
Penerbitan Buku
Dr. Yusfarizal Yussoff merupakan penulis buku undang-undang dan telah menerbitkan dua buah buku yang digunakan sebagai teks rujukan di universiti. Karya-karyanya menumpukan kepada analisis doktrin undang-undang, amalan litigasi dan perkembangan perundangan semasa, dengan pendekatan yang praktikal serta berasaskan prinsip.
Penulisan buku beliau mencerminkan gabungan pengalaman praktis guaman dan disiplin akademik, serta menyumbang secara langsung kepada pembangunan ilmu undang-undang dan latihan generasi profesional baharu
Politik Islam Membawa Kemakmuran

PAS Selangor
Parti Islam Semalaysia (PAS) adalah sebuah parti politik yang memperjuangkan Islam.
Selaras Fasal 5 Perlembagaan PAS, objektif PAS adalah untuk "memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah" dan "mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara".
PAS mengangkat kepimpinan ulama', namun dalam masa yang sama menerima golongan profesional untuk sama-sama membina negara. 3 komponen utama dalam perjuangan PAS ialah dakwah (penyebaran mesej Islam), tarbiyah (pendidikan dan pembentukan insan), dan siyasah (seni pentadbiran).
Dr. Yusfarizal Yussoff telah diamanahkan oleh PAS Selangor sebagai Ketua Penerangan. Beliau aktif dalam menerangkan sisi baik PAS kepada masyarakat dan menjuarai isu-isu semasa dalam negara.
Dengan tekad "Bakti Demi Selangor", PAS Selangor komited untuk menjadikan Selangor lebih baik selaras tawaran EHSAN 2030.

Aksioma
Harakah adalah saluran media rasmi PAS merangkumi edisi cetak dan juga di dalam talian.
Dr. Yusfarizal Yussoff adalah seorang penulis tamu Harakah dengan kolum beliau berjudul "Aksioma".
Melalui "Aksioma", beliau mengutarakan sisi pandangnya terhadap isu semasa berdasarkan kepada kajian-kajian akademik dan logik, bersandarkan nas dan pedoman agama.
Sudut pandang beliau telah diterima oleh ahli-ahli PAS dan juga masyarakat sebagai sudut pandang yang sejahtera, adil dan terbuka.








